Tuesday, July 20, 2010

Yang aku rindui

perggghhh.. tangkap leleh tajuk tuuuu! :P

aku sebenarnya kalau boleh tak nak compare antara UK dengan Malaysia. iyelah, seburuk2 malaysia tu pun, masihlah tanah tumpah darahku. sebagus2 UK ni pun, masih banyak jugak yang tidak bagusnya tu.

tetiba jadi emo pulak hari ni. pagi tadi aku join ceremony Head Teacher Award untuk Arina. petang ni untuk Akmal pulak. this would be the last award before bercuti panjang untuk summer. dan untuk kami bercuti selamanya dari Birmingham.

sepanjang2 dok tengok award presentation tu, i can't help but thinking. damn! i'm going to miss all of this. the fun and excitement of being at school. aku confirm anak2 aku aku terkejut beruk bila masuk sekolah kat msia nanti. especially si aimie, aisyah dengan arina. akmal siap2 cakap dah, "Mama, i hate malaysia school. the teachers are so scary. They will scold us if we don't do our homeworks!". Entah kenapa, air mata aku yang rasa nak berjurai. Aku pulak yang naik seram dan takut untuk anak2 aku.

aku tak kata lah yang sistem pendidikan sini bagus sangat2. tapi yang aku boleh sampaikan ialah, i think their system here made perfect sense. bila keingingan untuk belajar itu terbit dari hati anak2 ini sendiri, maka segalanya jadi mudah. bila pergi ke sekolah itu adalah satu yang menyeronokkan instead of a nightmare, maka aku rasa memang tercapai objektif pendidikan awal untuk budak2 primary ini.

aku tengok disini, depa tak emphasizekan kepada memberikan 'nombor' kepada budak2 ni. system grading depa tidak menjurus kepada siapa dapat no. 1, no, 2.. no. 40. there will be no such thing. bila ibu bapa dipanggil ke sekolah semasa open day (hari report card), prestasi anak2 akan ditunjukkan kepada ibubapa. kat sini cikgu2 akan bagitau dimana anak kita berada as compared to the national standard set by the system untuk budak2 umur sekian-sekian. anak2 tidak akan dicompare kedudukan dengan rakan sekelas. jadi memang tidak akan ada dialog antara ibu bapa yang berbunyi: "Anak engkau dapat no berapa? Berapa A? Fail subject apa?". No. No. Nope.

Dan satu juga yang aku rasa amat memberi kesan, ialah mereka tidak emphasize kepada kesilapan yang anak2 ini lakukan. kalau salah congak, salah spelling, mereka hanya akan buat titik kecil ditempat salah tersebut. memang aku tak pernah nampak tanda pangkah langsung dalam workbook budak2 ini. aku rasa ini memang bagus untuk self esteem budak2. dulu2 aku ingat lagi kalau buat silly mistake harus cikgu2 bagi pangkah besar2 dengan pen kaler merah. ya allah tak sesuai langsung! boleh patah hati budak2 yang baru nak bertatih2 di alam persekolahan.

jadi cikgu2, gomen msia, marilah kita anjakkan lagi system pendidikan kita. MORE, doesn't necessarily mean BETTER. kurangkan lah syllabus2 yang tidak perlu itu untuk pendidikan rendah kita. apakah motif untuk advance kan curriculum kalau ianya tidak mencapai objective pembelajaran itu sendiri? yang paling penting pada aku untuk primary education, ialah menulis, membaca, mengira. tambahkan aktiviti2 untuk pemahaman murid2. instead of cuba nak pahamkan murid2 apa maksud kadar kelajuan 4 m/s didalam kelas, mari ajak murid2 keluar dan buat experiment di tepi longkang dengan menggunakan stopwatch, kapal dari kertas dan dua lidi penanda untuk mencari kelajuan kapal tersebut. it's definitely gonna make more sense not only to the children, but to the adult as well.

yes, i'm so gonna miss those.

:)

No comments:

Post a Comment

 

Casa Arina © 2009 ::jua Luvs to Design:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger